ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

[kredit gambar : m.erayou.com]


Pernah tak mommy semua ada pengalaman uruskan anak perempuan yang first time period ?? Hahaha.. cemas kan.. Dan pastinya ada mommy yang tenang hadapi situasi nii.. Mungkin kerana zaman ita dulu.. mak ayah tak ramai bercakap tentang kali pertama datang bulan.. Da mungkin topik ni dianggap taboo.. tak sesuai untuk dibincangkan. Nanti dah besar.. pandai-pandai la uruskan sendiri. 

Tapi zaman sekarang nii.. anak remaja kita terdedah dengan terlalu banyak sumber maklumat yang mempu mengujakan dan tak kurang pula yang memesongkan.. You better watch out mommy !

Sebagai mak ayah.. saat anak capai usia remaja adalah saat yang penting untuk anda lebih peka terhadap keperluan emosi dan mental anak.. Mak ayah cemerlang adalah menjadi sumber pertama untuk anak tahu membezakan antara fakta dengan auta (TIPU) 

So.. kali ni.. kami nak 'share' dengan mommy daddy smua 7 perkara ibu mesti peka bila anak perempuan datang haid buat pertama kali.. Mungkin agak kekok tapi ia dapat membantu ibu lengkap dengan ilmu asas tentang perubahan biologi serta emosi yang berlaku pada tubuh anak remaja. 



[mindonesia.com]

1. AMBIL BERAT DENGAN PERASAAN MALU DAN TAKUT ANAK.

Pertama sekali.. kaitkan perubahan tubuh mereka sebagai sesuatu yang normal bagi umur tersebut. 

Bersedia menjadi pendengar dan membimbing anak dalam hal kesihatan reproduktif dan seksualiti.. Ramai mak ayah sendiri yang masih tak tahu dan malu untuk bincangkan isu nii.. 

Untuk elakkan topik ni buat anak anda rasa malu atau janggal.. mulakan perbincangan sebagai proses biologi yang ringkas. Contohnya.. 

" Dalam usia kakak nii.. akan ada perubahan tau kat tubuh.. kakak ada perasan apa2 perubahan tu tak atau kakak ada rasa tak selesa kat mana2??"



[kredit gambar : scitecheurope.eu]

2. KENA JAGA KEBERSIHAN 

Seterusnya.. sentuh bab topik penjagaan kebersihan diri.. Contohnya :

  • Berapa lama haid akan keluar ?
  • Macam mana nak hadapi masalah tu ?
  • Bagaimana nak pakai tuala wanita ?
  • Kalau 'period' kat sekolah.. apa nak buat ?
  • Apa yang perlu dielak kalau datang period ?


Selain tu.. bincangkan juga tentang perkara berkait seperti pemakaian baju dalam.. deodorant.. pisau cukur.. dan sebagainya. Bila datang bulan.. rutin kebersihan diri manjadi bertambah penting.

Semua ni tak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang memalukan.. Bahkan ia.. menunjukkan sisi praktikal yang dapat difahami oleh anak perempuan anda. Walaupun nampak remeh.. tidak semua remaja perempuan tahu tentang penjagaan ni dan jangan pandang ringan demi kesihatan mereka.




[kredit gambar : todateen.com]

3. SEDIAKAN BARANG KEPERLUAN MEREKA

Kalau sebelum ni anda selalu keluar shoping bawa satu keluarga.. ambil sikit masa untuk keluar berdua dan pergi dapatkan barangan peribadi anak gadis anda yang dah jadi remaja. Bagi anak gadis yang dibesarkan oleh bapa tunggal pula.. cuba dapatkan seseorang seperti mak saudara, sepupu atau rakan perempuan yang anda percayai. 

Dengan cara ini.. lebih mudah untuk anda terangkan kepada anak perempuan anda tentang keperluan barang tertentu yang digunakan sendiri oleh wanta.



[kredit gambar : motherdaughter.com]


4. PERUBAHAN EMOSI & PERSOALAN DALAM FIKIRAN SI GADIS

Selain perubahan fizikal.. perubahan emosi juga akan dilalui anak remaja.. Mereka ni kadangkala boleh boleh matang.. tapi ada saatnya bersikap keanak-anakkan.

Dalam tempoh peralihan ini.. pasti mak ayah keliru sama ada patut berbual dengan mereka seperti orang dewasa atau layan seperti kanak-kanak.

Sebab.. dalam umur sebergini.. mereka memerlukan seseorang untuk menjawab pelbagai persoalan dan mendengar luahan mereka.. bukannya seseorang yang menghukum mereka. Apabila anak gadis rasa selesa berkongsi cerita.. kepercayaan akan terbina dan mereka akan lebih mudah dapatkan maklumat yang betul daripada ibu bapa berbanding rakan atau sumber internet yang tak diketahui sumbernya.



[kredit gambar : minutosaudavel.com.br]

5. BATASAN DALAM PERGAULAN & PENJAGAAN AURAT 

Bila anak dah mula masuk alam akil baligh ni.. peranan mak lebih mencabar terutama dalam menjaga batasan pergaulan mereka serta memelihara keselamatan dan maruah diri. Dalam tempoh ni.. ramai gadis mula tertarik dengan rakan lelaki mereka atau ada yang semakin obses dengan artis lelaki. Rileks.. semua tu normal..

Ajar anak anda memakai pakaian yang sopan, menutup aurat dan tidak terlalu terdedah. Fahamkan mereka akan kepentingan berbuat demikian. 

Mak ayah pun harus cuba berfikiran terbuka dan menerima bahawa usia remaja adalah usia untuk mereka mencuba sesuatu yang baru.. Sebab tu jangan terlalu ekstrem dan mendadak dalam menetapkan peratran mahupun feshen yang disukai oleh anak.




[Kredit gambar : cityofflint.com]


6. JELASKAN CARA MANDI WAJIB

Sebagai agama yang syumul.. islam juga ajarkan kita cara mandi wajib atau mandi hadas setelah seseorang suci dari haid. Ajarkan kepada anak remaja dengan cara yang jelas melalui buku agama bergambar untuk jadi rujukan semula masa akan datang.

Dalam masa sama.. lengkapkan pengetahuan anak tentang perkara yang boleh atau tak boleh dilakukan ketika haid. 



[kredit gambar : people.com]

7. ALERT DENGAN TEKNOLOGI

Mak ayah zaman sekarang tak boleh ketinggalan dan perlu peka dengan perkembangan teknologi terkini yang menguasai dunia. Tak salah untuk anda belajar serba sikit menggunakan aplikasi macam facebook, twitter, instagram dan sebagainya agar dapat memantau aktiviti anak remaja anda di laman sosial. 

Terdapat banyak kes yang mengejutkan apabila personaliti anak remaja berubah 360 darjah walaupun di hadapan mak ayah mereka kelihatan innocent dan mendengar kata. Kadangkala anak remaja suka berahsia dan lebih selesa berkongsi story dengan rakan atau di laman sosial.



[kredit gambar: theatlantic.com]


FASA REMAJA ADALAH ZAMAN YANG MENCABAR

Ingat semula ketika anda sendiri hadapi situasi pertama kali datang haid. Apa bentuk sokongan yang anda perlukan ? Bagi kebanyakkan gadis remaja.. Kedatangan haid untuk kali pertama bukanlah suatu pengalaman yang mengembirakan. Sebab tu.. ilmu dan persediaan yang cukup oleh mak ayah dapat membantu mengurangkan reaksi negatif anak gadis anda macam rasa takut, terkejut dan sakit terhadap pegalaman ni.

Dalam pada masa sama.. pendekatan sebagai sahabat atau rakan kepada anak anda adalah paling sesuai pada peringkat anak remaja. Jadi pendengar yang baik kepada anak gadis dengan dengar luahan mereka. Paling penting.. kena banyak sabar dan cuba elak dari berleter, marah dan soal siasat berlebih-lebihan.. Over protection sangat tuuu..! 

Hope.. pendedahan ni dapat mendekatkan hubungan anda dengan anak gadi anda dan membantu mereka lebih bersedia hadapi fasa yang penuh mencabar. 

Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’