Posts

Showing posts from August, 2019

APAKAH HAID SEBENARNYA ???

Image
APA ITU HAID ? Haid adalah sesuatu yang terjadi apabila badan anda cukup matang untuk hamil. Setiap bulan, lapisan uterus (rahim) anda yang mengandungi tisu menjadi lebih tebal dan telur (ovum) akan dilepaskan daripada ovari anda. Jika telur tersebut disenyawakan oleh sperma, tisu tersebut akan kekal ditempatnya bagi memudahkan proses kehamilan. Tetapi jika telur tidak disenyawakan, badan anda akan menggugurkan tisu tersebut melalui faraj. Tisu tersebut ialah darah yang anda lihat dan proses bulanan ini dipanggil mentruasi.  BILA HAID PERTAMA ANDA ??  Kebanyakkan gadis mula dapat tanda haid pertama dan mula bermenstruasi antara umur 11 dan 14 tahun, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa antara umur 8 dan 16 tahun. Perlu ingat bahawa setiap orang berbeza, jadi umur biasa untuk datang haid bagi kawan-kawan anda mungkin tidak sama dengan anda. Anda akan didatangi haid sehingga anda berumur sekitar 50 tahun apabila anda mula mengalami sesuatu yang dipanggil ...