APAKAH HAID SEBENARNYA ???



APA ITU HAID ?

Haid adalah sesuatu yang terjadi apabila badan anda cukup matang untuk hamil. Setiap bulan, lapisan uterus (rahim) anda yang mengandungi tisu menjadi lebih tebal dan telur (ovum) akan dilepaskan daripada ovari anda. Jika telur tersebut disenyawakan oleh sperma, tisu tersebut akan kekal ditempatnya bagi memudahkan proses kehamilan. Tetapi jika telur tidak disenyawakan, badan anda akan menggugurkan tisu tersebut melalui faraj. Tisu tersebut ialah darah yang anda lihat dan proses bulanan ini dipanggil mentruasi. 

BILA HAID PERTAMA ANDA ?? 

Kebanyakkan gadis mula dapat tanda haid pertama dan mula bermenstruasi antara umur 11 dan 14 tahun, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa antara umur 8 dan 16 tahun. Perlu ingat bahawa setiap orang berbeza, jadi umur biasa untuk datang haid bagi kawan-kawan anda mungkin tidak sama dengan anda. Anda akan didatangi haid sehingga anda berumur sekitar 50 tahun apabila anda mula mengalami sesuatu yang dipanggil menopause. Ia adalah apabila badan anda tidak lagi bermenstruasi dan tidak berupaya untuk hamil lagi. 




APAKAH TANDA HAID PERTAMA ANDA ??

Adakah anda tahu perubahan yang kita sedang bincangkan ? Jika anda merasakan payudara anda bertambah besar, bulu mula tumbuh dibahagian intim dan jika anda mendapati keputihan bewarna putih pada seluar dalam anda.. ini bermakna badan anda akan mengalami haid yang pertama tidak lama lagi. Apabila ia bermula, anda mungkin juga akan mengalami sindrom sebelum menstruasi (PMS). Hal ini menyebabkan simptom seperti kesakitan haid (senggugut diperut anda), kemurungan, kembung, sakit belakang, berat badan meningkat dan jerawat mula tumbuh. 



BERAPA LAMAKAH TEMPOH HAID PERTAMA ?

Tempoh purata untuk aliran darah haid adalah antara empat atau lima hari, tetapi haid anda boleh berterusan selama tiga hingga lapan hari. Diingatkan sekali lagi, setiap individu berbeza. Haid adalah sebahagian daripada kitaran haid anda sebelum haid seterusnya bermula. Purata kitaran ialah 28 hari tetapi ia mungkin akan menjadi lebih pendek atau lebih panjang.


BERAPA BANYAK ALIRAN DARAH HAID YANG DIANGGAP NORMAL ??


Walaupun darah itu kelihatan banyak.. tetapi kemungkinan besar ia tidak melebihi dua atau tiga sudu besar. Adalah normal untuk mengalami aliran darah haid yang lebih banyak pada beberapa hari pertama ketika anda datang haid.


Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’