BETUL KE GEMOK PUNCA WAKTU PERIOD TERABUR




💥ATTENTION buat korang yang berbadan gempal & ada problem period ! Info ini bakal buat korang cepat-cepat nak turunkan berat badan ! 


Betul ker Gemuk punca period tak teratur ??

Jawapannyer : BETUL LAAA !!

Bila dah nak dekat period.. hormon estrogen akan memuncak naik. Kesan kenaikkan estrogen menyebabkan body wanita kumpul air dan menyebabkan rasa bloated. Kesan estrogen ini akan hilang sebaik jer anda period.. level estrogen akan turun dan water retention berkurangan.



Air akan berkumpul di payudara.. kawasan sekitar abdomen dan hujung kaki/ tangan. Ini yang buat anda rasa gemuk.

Tapi awas.. kesan 'rasa gemuk' yang mudah hilang (sebab ia hanya water weight) boleh jadi kekal dan susah dihilangkan. Itu pun jika anda melayani craving time period

Masa period.. wanita akan ada craving. Ini disebabkan hormon progesteron yang meningkat sebelum period tiba. Hormon progesteron merangsang selera.



Bila mula period.. level hormon estrogen akan mula menurun.. estrogen akan kawal rembesan hormon serotonin. So bila level estrogen berkurangan.. serotonin pun mula menurun.. Ini yang menyebabkan anda mudah teransang kepada makanan bergula. Sebab secara fitrahnya.. karbohidrat diperlukan oleh badan untuk hasilkan serotonin.

Perubahan hormon ini menyebabkan keinginan nak makan high carb foods macam coklat, ice cream dan snek diambil setiap kali period... Jadi jangan terkejut la kalau anda betul-betul jadi gemuk.

So cara yang di sarankan untuk atasi keinginan melampau ni dengan banyak minum air kosong/putih/jarang dan ambil lean protein.



Masa datang bulan la waktu yang paling malas nak buat apa-apa aktiviti berat kan.. Jangan macam tu.. at least ambil sikit masa untuk bersenam bagi membantu anda buang water retention. Makin banyak berpeluh lagi bagus. Dalam masa sama bila anda bersenam.. hormon endorphin dikeluarkan. Ia boleh membantu anda kurangkan rasa sakit (cramp) time period.

Kesimpulannya kat sini..

Wanita ni memang UNIK.. dia ada keistimewaan dalam memberi alasan kenapa berat badan bertambah. Tak macam lelaki... Hehehe..

👩Berat naik sebab period
👩Berat naik sebab pregnant
👩Berat naik lepas bersalin
👩Berat naik sebab menyusu anak
👩Berat naik sebab sibuk urus rumahtangga
👩Berat naik sebab stres kerja / boyfriend.. so makan la terapinyer.

Wanita sentiasa menang dan tak pernah salah kan.. dan semestinya ada alasan untuk justify perubahan mereka. Hahaha..

Apapun alasannya.. anda sendiri yang tanggung akibatnya. Cari solution untuk cegah masalah period ni dari awal.. Rujuk pakar untuk tahu lebih lagi masalah anda.. Jangan smpai dah jadi barah baru nak berubat. 

Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’