HILANGKAN SENGGUGUT DENGAN 8 TIPS BERKESAN !!



" Sakitnyer pinggang.. kepala pening plak tu.. rasa loya nak munta la plak... Apsal la 'Miss V' berdenyut-denyut nii.. Haii.. semua serba tak kena..! Macam mana nak hilangkan senggugut nii..?"

Haa.. patutla orang perempuan ni selalu 'moody' PMS katanya.. Habis satu badan diserang sakit-sakit.. macam mana tak mengamuk kan ?

Selalunya tanda yang dialami selama 'datang bulan' ni akan berlanjutan sekitar 2-3 hari dari awal sebelum period atau masa period datang.



KENAPA RASA SAKIT BILA PERIOD ?

Masa period.. kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.

kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim.. sampai memutuskan bekalan darah & oksigen ke rahim. Dan kesannya.. rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit

Selain itu.. tubuh juga mengeluarkan bahan kimia prostaglandin.. Bahan ini memicu otot rahim supaya terus berkontraksi.

Jika terlebih paras prostaglandin.. ia mampu menyebabkan berlakunya rasa loya.. cirit birit, rasa gelisah, rasa tak selesa, sakit pinggang dan sakit kepala.





8 TIPS BERKESAN HILANGKAN SENGGUGUT

Kalau anda nak tau.. ada macam-macam cara yang sering diwar warkan untuk hilangkan senggugut ni.. Dan ini adalah cara yang paling ringkas dan berkesan bagi kebanyakkan wanita yang Kak Eaisyah boleh kongsikan.

TUAMAN PANAS



Percaya tak? inilah cara paling senang & berkesan untuk anda hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas.. otot-otot yang tengah berkontraksi akan jadi lebih relaks.

Bukan jer boleh dipakai kat rumah.. tapi kat pejabat, kelas atau kat mana mana pun. Tuamkan disekitar perut, pinggang atau punggung.. Fuhh Legaaaaa weihhh...!

So.. laburkan sikit wang anda untuk beli beg tuaman panas ni.. Ia lazimnya boleh didapati kat farmasi.

Kalau rasa-rasa malas tu.. cuba buat sendiri dengan mengisi air panas dalam botol yang sesuai.. balut dengan tuala supaya boleh kawal suhu dan tuam.



MINUM AIR SUAM

Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti buang toksin serta bantu lancarkan peredaran darah.

Selain tu.. ia juga beri tenaga & mampu elakkan anda daripada makan snek yang tak berkhasiat sebab secara tak langsung beri kesan penuh pada parut

Seperti tuaman.. air suam juga boleh beri anda rasa lega kerana otot rahim akan lebih rileks dan tak kejang lagi.



AKTIFKAN DIRI

Kalau asyik dok berkurung jer dalam bilik sebab tahan sakit.. makin sakit laa sebb anda senang beremosi sebab layan rasa sakit.. Stress mampu memburukkan keadaan akibat penghasulan hormon yang tak seimbang.. ia dah dibuktikan kat dalam Journal of Woman's Health melalui sebuah laman web.

Oleh itu.. cuba menyibukkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah.. ajak member jalan-jalan.. lakukan aktiviti sosial sikit atau buat senaman ringan kat taman.

Aktiviti ini dapat membantu lancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.. Dan ini boleh hasilkan endorfin yang dapat kurangkan rasa seggugut.



AMBIL HERBA DAN SUPLIMEN



Ada banyak jenis herba yang selalu disyorkan oleh petua orang lama.. memang banyak yang berkesan.

Dan antara yang paling femes ialah halia.. Caranyer ambil senggenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia kat dalam segelas air suam untuk dijadikan teh.

Selain halia.. anda juga boleh minum teh hijau, air asam jawa, madu atau jus daun betik.

Antara suplimen yang disyorkan dalam bentuk pil biasanya terdiri daripada magnesium, vitamin D & minyak ikan yang kaya dengan omega-3 macam pati ikan haruan.

Tapi yang paling best.. senang.. mudah dan cepat serta yang paling berkesan.. Kak Eaisyah slalu amalkan HABBASAUDA LISTRA. Sangat senang nak makan dan kesan dia Alhamdulillah.. sangat cepat meredakan rasa sakit.




JAGA PANTANG

Bab ni paling ramai yang malas nak follow.. tapi fikirlah demi kesihatan.. jaga la pantang ok !

Ada beberapa makanan yang mampu jadikan kesan lebih baik & lebih buruk.

Please elakkan makanan berproses & berminyak.. gula & garam berlebihan, minuman berkafein & berkarbonat serta snek yang tak berkhasiat.

Banyak ambil buah, sayur & makanan yang berserat tinggi. Kalau teringin sangat nak makan coklat.. ambil 'dark chocolate' yang kurang manis tuu. snek seperti kekacang sangat sesuai sebab dia ada kandungan protein yang tinggi.



TUKAR KEPADA 'CLOTH PAD' ATAU 'ORGANIC PAD'



Mungkin salah satu penyebab anda alami senggugut adalah dari tuala wanita yang anda guna?

Sesetengah wanita sebenarnya memang sensitif terhadap bahan kimia seperti 'PAD' nii dan mereka tak menyedarinya.

So.. anda bolehla cuba bertukar kepada 'clith pad' atau tuala wanita jenis kain.

Ia dapat kurangkan pendedahan vagina terhadap bahan kimia.



PIL TAHAN SAKIT

Walaupun ramai yang cuba elak daripada ambil.. namun disebabkan rasa sakit yang tak boleh dikawal.. anda boleh ambil ubat tahan seperti PANADOL iaitu sejenis paracetamol

Menurut doktor, pengambilan ubat begini tak memudaratkan asalkan anda ambil dengan dos yang betul.

Namun.. perlu diingatkan ubat sepeti ini tak berfungsi merawat tapi hanya untuk melegakan.



PIL PERANCANG

Sebenarnya.. selain merancang kelahiran.. pengambilan pil perancang mampu jadikan proses ovulas lebih teratur.

Penggunaan pil perancang bertindak hilangkan senggugut dengan kawal paras hormon dalam badan.

Walau apapun, dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil apa-apa ubat berkala seperti pil perancang ni...






SENGGUGUT TERUK MUNGKIN PETANDA PENYAKIT LAIN YANG LEBIH SERIUS

Kadangkala.. kesakitan atau kekejangan yang berlaku secara serius adalah petanda bagi beberapa penyakit lain berkaitan dengan rahim

So.. jangan ambil ringan kerana antara penyakit yang paling biasa dikaitkan dengan senggugut teruk adalah endometriosis atau fibroid dan cyst.

Dapatkan kepastian dari doktor sekiranya anda terpaksa melalui detik-detik susah melayan senggugut nii sepanjang bulan.

Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’