REMAJA MASIH BELUM PERIOD ?? RISIKO ATAU TAK EKK ??
UMOR DAH 16 TAHUN TAPI BELUM PERIOD ?? APA RISIKO BILA TAK PERIOD KETIKA USIA REMAJA ??
Haid atau datang bulan adalah kitaran normal bagi remaja perempuan. Ada yang alami period seawal usia 10 tahun lagi dan jika korng belum lagi alaminya.. relax ! jangan cemas kerana proses tumbesaran dan hormon individu berbeza antara satu sama lain. Ada yang datang haid semasa masuk sekolah menengah dan tak kurang juga yang period masa umur 15 tahun.
Ada mitos mengatakan lagi lambat datang haid.. lagi korang akan nampak muda ?? OMG !!! kalau korang penah dengar mitos ni.. baik korang buang jauh-jauh ok ! Jangan nak perasan sangat sebab ada kajian mengenainya dari Pakar Obstestik & Ginekologi.. Dr Noorashikin Maan dari KPJ Ipoh Specialist Hospital.
Sebagai remaja.. korang mesti risaukan bila korang nengok kawan-kawan, adik kakak semua tetiba dapat bendera merah.. tapi kau sorang je tak datang lagi bulan tu.. mulanya memang la suka sebab tak payah pikir nak kne cuci. Namun sejauh mana korang boleh bertahan sebab in the end korang mesti rasa malu seolah-olah diri korang bukan perempuan tulen bila tak period time umor mcm ni..
APA RISIKO TAK DATANG HAID MASA USIA REMAJA ?
Menurut Dr Noorashikin, usia 16 tahun atau semasa dalam tingkatan empat.. adalah tempoh paling akhir seorang remaja didatangi haid. Dan kalau pada usia ni korang belum pernah alami situasi didatangi period.. segera berjumpa pakar atau bidan. Kalau tangguh lebih lama, peluang untuk mengandung atau ada anak tak ada langsung.
5 SEBAB UTAMA MASALAH REMAJA TAK DATANG HAID !
1. TERLALU KURUS & AKTIF BERSUKAN.
Bila keduanya bergabung.. lemak yang kurang dalam tubuh badan akan memberi masalah kepada hormon menyebabkan period datang lewat.
2. HALANGAN DI SALURAN REPRODUKSI
Tisu atau septum di saluran reproduksi terhalang dimana (tisu seperti daging yang menutup saluran liang faraj) sehingga mengakibatkan darah haid tak boleh mengalir keluar.
3. SELAPUT DARA TIADA BUKAAN
Anak dara ada selaput dara tapi tak semua dalam keadaan normal.. keadaan ini dipanggil IMPERFORATE HYMEN (selaput dara tertutup terus) dan menghalang darah haid keluar
4. MULLERIAN AGENESIS (OVARI TIDAK BERKEMBANG)
Sistem reproduktif tidak berkembang kerana kecacatan sejak lahir.
5. KECACATAN PADA KROMOSOM
Kes yang paling kerap ditemui adalah Turner Syndrome dengan kromosom 45 x0. Dalam kes begini.. remaja biasanya tak mempunyai tanda awal kewanitaan seperti tiada bulu ari-ari (bulu kemaluan) serta bulu pada bahagian ketiak dan pertumbuhan payudara sangat kecil tak sama seperti remaja perempuan lain.
Kes lain adalah seperti Androgen Insensitivity disebut kecacatan sejak lahir apabila seorang wanita dilahirkan mempunyai genetik lelaki (XY) namun luarannya seperti seorang perempuan malah mempunyai alat kelamin perempuan.
Kesimpulannya.. jangan pandang remeh hal period kerana apabila berkahwin kelak.. hal kesuburan inilah yang menentukan peluang sama ada seseorang itu mampu mengandung atau sebaliknya.
Comments
Post a Comment