RIMAS PAKAI PAD MASA PERIOD ??



RIMAS PAKAI PAD MASA PERIOD ?? 4 ALTERNATIF YANG MUNGKIN KORANG TAK PERNAH TAHU.


Hari-hari terawal period selalunya paling stress kan ? Bukan setakat muscle cramps jerr.. heavy flow pada hari pertama dan kedua memang buat wanita extra berhati-hati ! Selalunyer la kan.. kena pakai pad maxi atau extra long sebab takut bocor.

Pakai pad nii.. bukannyer macam iklan tuala wanita yang selalu ditayangkan kat tv tu.. Riang ria ceria berpakaian putih.. siap pergi bersukan lagi. Hahaha

Dah cuba pakai pad extra slim, tapi rasa tak secure masa heavy flow. Paki pad maxi pulak.. faham jer la perasaan tu macam mana kan ! 

Tapi.. korang tahu tak sebenarnya terdapat banyak pilihan lain selain tuala wanita yang boleh digunakan time datang bulan. Beberapa opsyen ni dah pun jadi trend terutamanya kat negara-negara barat.



TAMPON




Penggunaan tampon bukanlah tak diketahui di kalangan masyarakat kita. Cuma.. ia bukan pilihan popular kerana terdapat beberapa stigma negatif terhadap penggunaan tampon. Berbeza dengan tuala wanita yang dipakai pada seluar dalam.. tampon perlu dimasukkan ke dalam vagina. Cara aplikasinya menimbulkan beberapa mitos seperti hilang dara jika memasukkan tampon dan ia boleh tertolak masuk ke dalam rahim dan terus hilang.

Dengan aplikasi yang betul.. penggunaan tampon lebih memudahkan kerana ia menyerap cecair dari dalam. Maka.. kebocoran jarang berlaku dan pemakainya lebih bebas melakukan aktiviti lasak walaupun dalam air. 

Cons: Toxic Shock Syndrome (TSS) Sejenis komplikasi akibat jangkitan bakteria yang mengancam nyawa boleh berlaku jika seseorang tak mengeluarkan tampon untuk jangka masa lama atau tidak mengikut cara aplikasi yang betul.



SPAN LAUT 



Bath sponge isolated on white 

Info ekstra untuk korang watak animal spongebob Squarepants diinspirasikan daripada organisma laut ni. Penggunaan span laut secara asasnya sama seperti tampon, iaitu dimasukkan ke dalam vagina untuk menyerap cecair menstruasi. Tapi yang menarik.. span ini boleh dicuci dan digunakan semula berulangkali. Wanita yang pernah mencuba alat ini juga menyatakan yang ia lebih selesa dan lestari sebab boleh diguna pakai. 

Sesetengah pengamal perubatan penyatakan risiko TSS lebih tinggi dengan penggunaan span laut kerana bakteria boleh membiak di dalam span. Mengeluarkan span dan membasuhnya juga boleh menjadi agak messy dan menggelikan terutamanya jika anda jenis takut darah.



CAWAN MENSRTUAL 




Mula jadi sebutan tahun lepas.. cawan kecil yang diperbuat daripada silikon ini tular kerana dikatakan boleh diguna semula selama 10 tahun. Woww.. bayangkan beberapa banyak penjimatan kalau tak perlu membeli pad setiap bulan selama 10 tahun ! Aplikasinya seperti tampon dan span.. dipakai di dalam vagina. Struktur cawannya menakung cecair.. maka mencuci cawan ni selepas ia dikeluarkan sangatlah mudah kerana tak perlu memerah darah seperti kita meggunakan span. 

Cons : Masih belum ada laporan implikasi kesihatan buat masa ini. 



SELUAR DALAM PERIOD




Dipakai seperti seluar dalam biasa. period panties mempunyai lapisan yang menyerap cecair yang mampu menampung sama seperti dua serapan tampon. Pemakaiannya juga tak perlu risau tentang kebocoran kerana material seluar dalam bersifat anti bocor.

Terdapat banyak pilihan potongan dan saiz untuk kesesuaian aliran dan pakaian. Ada beberapa jenama yang dah melancarkan koleksi period panties nii tau. Masing-masing dengan rekaan dan teknologi tersendiri.

Cons: Pengguna perlu sangat-sangat memahami aliran haid mereka untuk menggunakan seluar dalam yang tepat. Penggunaan juga mungkin perlu menggunakannya bersama tampon atau cawan menstual sekiranya aliran terlalu banyak. 

So.. what do you think girls ?? Is mentrual pad still relevant ? or is it time to shift to a more sustainable alternatives ? 


#listrahealth
#periodontime

Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’