5 SEBAB MISS V JADI GATAL YANG SEMUA WANITA PERLU TAHU !


[Kredit gambar : netz.id]


Rasa gatal-gatal pada boleh membuatkan perempuan rasa tak selesa dan tak confident berhadapan dengan orang ramai.

Ada banyak sebab yang perlu korang tahu kenapa vagina boleh jadi gatal-gatal.. jangan sampai dah teruk nanti barulah nak jumpa doktor.

Sedikit perkongsian ini diharapkan boleh tolong korang yang ada masalah kegatalan pada vagina nii...




JANGKITAN KUMAN 

Bakteria Vaginosis

Vagina yang sihat adalah disebabkan oleh keseimbangan flora dalam vagina yang dijaga daripada jangkitan bakteria merbahaya. Sekiranya ia terganggu.. bakteria vaginosis akan senang berkembang dan beri masalah

Selain gatal-gatal.. keputihan berbau busuk, radang faraj dan rasa pedih terutamanya selepas melakukan hubungan seks 

Penyakit Kelamin (STD)

Chlamydia, herpes kemaluan, ketuat kemaluan, trichomoniasis dan gonorrhoea adalah punca yang boleh menyebabkan gatal pada vagina 


Jangkitan Yis (Kulat Vagina)

Punca utama kegatalan pada vagina. Hamil.. penggunaan antibiotic yang berpanjangan dan kencing manis tak terkawal juga sering dikaitkan dengan jangkitan yis 

Selain daripada gatal yang luar biasa.. jangkitan yis juga akan menyebabkan keputihan tebal yang rupanya seperti keju melekat pada seluar dalam




MENOPAUSE 

Penurunan estrogen dalam badan menyebabkan dinding vagina menjadi nipis dan kering boleh menyebabkan gatal dan buat korang rasa tak selesa




PENGGUNAAN BAHAN KIMIA 

Jika kerap menyapu krim pada vagina atau mencucinya dengan bahan wangian.. ia akan mengundang jangkitan kuman kerana mengganggu keseimbangan flora dalam vagina dan seterusnya menyebabkan kegatalan terlalu kerap.

Contoh bahan kimia ini termasuklah pencuci feminin, sabun wangi, pantyliner wangi, krim haruman dan sebagainya



ALERGI 

Alahan pada sabun, tisu tandas yang wangi dan bahan pelembut kain juga boleh menyebabkan gatal 




LIKEN SKLEROSIS

Kejadian ni jarang berlaku.. tapi ia adalah tompok putih nipis yang membentuk pada kulit. terutamanya di sekitar vulva. Tompok ini kekal dan boleh menyebabkan parut dan kegatalan 


CEGAH DARI AWAL !!


  • Elakkan memakai bahan kimia pada vagina.. termasuklah tisu tandas yang ada pewangi, krim vagina, semburan/cucian feminin dan membilas dengan lebih kerap. Ia mungkin boleh membuatkan korang alergi pada bahan kimia tersebut.
  • Gunakan air paip biasa. Elakkan menggunakan sabun wangi dengan kerap kerana ia boleh mengeringkan vagina dan membunuh flora baik
  • Sentiasa lap vagina daripada bahagian depan sehingga belakang selepas membuang air besar
  • Pakai seluar dalam daripada kain cotton (yang tiada fabrik sintetik) dan tukar seluar dalam dengan kerap 
  • Jangan sesekali douche ( membilas vagina dalam )
  • Guna kondom ketika melakukan hubungan seks untuk cegah penyakit kelamin (jika sudah berkahwin)
  • Elakkan melakukan seks sehingga betul-betul baik daripada jangkitan tersebut
  • Jangan garu dengan kuat kawasan yang gatal sebab boleh menyebabkan kulit menggelupas dan jangkitan semakin teruk. 

[Sumber : Klinik Dr.Juhaida]

Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’