PETUA DAN NASIHAT KEBERSIHAN
Penjagaan kesihatan Miss V sangat penting tau.. sebab kalau tak dijaga dengan betul boleh mendatangkan jangkitan kuman. Kesannya.. anda akan rasa tidak selesa.. sakit dan kemungkinan jadi lebih teruk lagi kalau tak rawat.
So.. make sure korang jaga betul-betul Miss V korang ok !
Kat bawah ni.. ada beberapa petua terbaik untuk pastikan bahagian Miss V anda sentiasa bersih dan sihat.. JOM AMBIL TAHU !!
SATU
Bila selesai lepaskan hajat kat bilik air.. pastikan lap bersih-bersih di bahagian bawah untuk hilangkan sebarang kotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.
DUA
Pakai seluar yang dibuat daripada kapas asli setiap masa sebab ia boleh pastikan miss v anda sentiasa bersih kerana meterial yang ada aliran angin berikan keselesaan dan susah bakteria nak hinggap.
TIGA
Kalau boleh.. elakkan pakaian yang ketang macam stoking, seluar dalam sendat, sarung sintetik atau sarung pantyjose terlalu lama tau.. sebab ia boleh buat anda berpeluh. Dan bila dah berpeluh lagi senangla nak dapat jangkitan
EMPAT
Pastikan anda mandi setiap hari. Kalau rajin bersukan.. badan anda mesti kuat peluh.. so baik untuk anda kekal bersih dengan mandi setiap kali lepas bersukan.
LIMA
Bila mandi.. pastikan anda bersihkan badan dengan rapi gunakan sabun dan air. Gua juga span atau kain lap untuk gosok bahagian badan macam ketiak, celah kaki dan keliling kawasan miss v.
ENAM
Pastikan semua sabun yang melekat kat badan di bilas dengan bersih sebelum anda keluar dari bilik mandi. Sabun yang masih melekat kat badan boleh jadi kering dan buat kulit anda gatal terutama kat bahagian miss v
TUJUH
Bersihkan kawasan luar vagina jer.. bahagian dalam ada sistem pembersihan semula jadi.. bagus kan?
LAPAN
Tukar pad dengan kerap untuk elakkan jangkitan. Jangan sesekali guna balik pad yang dah dipakai..
SEMBILAN
Jangan sembur deodoran di sekeliling kawasan miss v anda. Sebab deodoran ada bahan kimia yang boleh ganggu nilai PH.. tu yang buat anda rasa tak selesa kat bahagian bawah.
SEPULUH
Lendir yang keluar dari miss v anda (bukan air kencing atau period) dipanggil keputihan dan ianya normal bila anda nampak cecair yang kadang-kadang cerah atau sikit putih warnanya pada seluar dalam. Just cuci dengan air bersabun dan pakai pantyliner. Anda perlu risau kalau cecair tu bewarna kuning atau hijau.. dan mula rasa gatal atau rasa pedih. Kalau rasa macam tu.. anda mungkin terkena jangkitan dan perlu jumpa doktor cepat
Kebersihan wanita ni tak la terlalu kompleks tapi tiap perempuan perlu fahaminya.. Bila badan kita berubah dan berkembang.. ia mula mengeluarkan bau-bau yang berlainan yang datang dari kelenjar di lengan dan di sekeliling kawasan pelvik. Nak hilangkan bau ni senang jer. Hanya perlu mandi tiap hari dan simpan deodoran dalam beg kalau anda perlukan. Di bahagian miss v juga akan keluarkan baunya tersendiri.. tapi bukan semua orang boleh bau.. PERCAYALAH !! .
Comments
Post a Comment