SETIAP WARNA DARAH DEDAHKAN MAKNA DI SEBALIK KESIHATAN WANITA ! WARNA APA TUU??





Situasi yang paling mencabar dilalui oleh wanita pada setiap bulan adalah apabila datangnya haid. Bukan jer rasa tak selesa dan segala aktiviti terbatas.. ada juga wanita yang mengalami alahan teruk semasa datang bulan.

Belum lagi bila ditanya tentang 'mood' sis ketika mengalami situasi tersebut... Huiii.. benda ni memang paling mengerikan buat lelaki sebab terpaksa melayan kerenah pasangan merekaa..

Namun.. percaya atau tidak, sebenarnya warna darah haid boleh memberi petanda kepada tahap kesihatan dan kondisi badan anda.

So.. penting untuk wanita memeriksa warna darah yang keluar setiap kali mereka datang bulan sebelum membuang tuala wanita yang telah dipakai kerana dengan cara itu, mereka boleh mengesan masalah-masalah yang mungkin berlaku pada tubuh badan.

Nak tahu ada berapa jenis warna darah haid dan maknanya sekali ? Jom semak 6 petanda yang dikenal pasti melalui warna darah haid 




MERAH MUDA

Anda mungkin mengalami anemia atau kekurangan darah. Namun jika tempoh subur.. ini merupakan tanda awal kehamilan



MERAH TERANG 

Anda boleh tarik nafas lega sekiranya darah haid kelihatan merah terang kerana ia adalah sesuatu yang normal.

Namun jika darah tersebut masih bewarna merah terang selepas lebih daripada lapan hari.. Jaga-jaga.. anda mungkin dalam masalah. Dapatkan rawatan dan nasihat perubatan daripada pakar segera.



MERAH GELAP 

Jika mempunyai kitaran darah haid bewarna gelap yang tidak berhenti keluar seperti paip bocor sekitar pada hari ke kedua dan ketiga.. Relax ! Jangan panik..

Situasi ini adalah normal kerana rahim sedang bekerja untuk mengeluarkan gumpalan darah tersebut 

Walau bagaimanapun.. jika ia berlarutan sehingga hari keempat dan selanjutnya.. kemungkinan rahim anda mempunyai tumor dan segeralah berjumpa dengan doktor.


MERAH JINGGA


Jika darah haid bewarna seakan-akan merah jingga dan berbau kuat. ia mungkin kerana terdapat jangkitan faraj yang merubah warna darah haid. Jangan tunggu lagi.. terus berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan sekiranya anda menerima tanda-tanda seperti ini.




COKLAT GELAP 

Tidak perlu risau kerana situasi ini adalah normal.. Kitaran dan warna haid bagi setiap wanita adalah berbeza. Jika warna haid anda bewarna coklat gelap.. ia merupakan proses biasa pada awal dan penghujung kitaran haid.

Lepas itu setiap kali datang haid jangan lupa check setiap perubahan warna yang ada pada darah tersebut. Perlu ingat.. kitaran haid dan warnanya sangat penting untuk anda tahu.. 

Sebab melaluinya kita tahu keadaan tubuh kita dan melaluinya juga menjadi penentu tahap kesuburan dan kesihatan anda. 

Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’