MAKIN LAMA MAKIN SIKIT ?? KETAHUI 8 SEBAB KENAPA DARAH HAID ANDA KELUAR SIKIT !!





Bila period datang.. mesti akan rasa tidak selesa. Mana kan tidak.. masa tu darah keluar banyak.. senggugut dan perut kembung. Dan tiba-tiba darah mula sedikit.. masa tu mungkin kita akan rasa ia tanda yang baik. 

Ketahuilah.. darah haid berkurangan mungkin akan buat anda rasa lebih selesa.. namun ia juga boleh jadi petanda sesuatu yang tidak kena pada tubuh anda.


8 PUNCA KENAPA DARAH HAID SEDIKIT

Jika anda nak tau.. terma saintifik untuk pendarahan kurang di sebut Hypomenorrhea.

Secara lazimnya.. kebanyakkan wanita normal akan hasilkan antara 30 ke 50ml darah haid. Namun bagi wanita dengan hypomenorrhea akan hasilkan darah kurang dari 30ml. 

Menurut Lina Akopians.. pakar endokrinologi reproduktif berkata.. darah haid yang tiba-tiba menjadi sedikit berkait dengan isu hormon atau sesuatu berlaku pada organ dalam badan anda. 




1. MENGANDUNG

Walaupun kebanyakkan wanita akan berhenti haid bila mereka mengandung.. namun ada beberapa wanita yang terus mengalami pendarahan.

Darah haid sedikit atau hanya terdapat tompokkan darah (spotting) mungkin menunjukkan anda mengalami kehamilan ektopik (kandungan luar rahim) yang boleh jadi bahaya. 

namun sekiranya terdapat keraguan.. sila buat ujian kehamilan dan rujuk kepada pakar. 





2. BERAT BADAN BERTAMBAH ATAU BERKURANGAN 

Jika anda nak tahu.. kimia tubuh badan sangat halus.. jadi bila berat badan anda bertambah atau berkurangan.. ia akan bertindak balas. Salah satu kesannya adalah anda mungkin tidak datang haid atau darah akan jadi sedikit.

Walaupun ia nampak macam sesuatu yang positif.. namun badan anda memerlukan keseimbangan antara protein, karbohidrat, lemak dan vitamin untuk terus berfungsi secara normal. 




3. TEKANAN

Jika anda mengalami tekanan melampau.. ia juga boleh menyebabkan kecelaruan hormon dan secara tidak langsung mempengaruhi haid anda. Selain itu ia juga boleh terjadi bila anda terlebih bersenam dan letakkan tekanan berlebihan pada tubuh anda. Bahaya kan ! 





4. TIROID TERLALU AKTIF

Kelenjar tiroid terletak dihadapan leher anda.. bawah kotak suara dan ia melepaskan hormon yang mengawal pelbagai fungsi badan seperti suhu badan dan pencernaan.

Tiroid terlalu aktif dikenali sebgai HIPERTIROIDISME dimana ia mengeluarkan terlalu banyak hormon yang boleh menyebabkan masalah jantung, tekanan darah, sakit otot dan banyak lagi 

Darah haid yang sedikit adalah salah satu tanda anda terkena Hipertiroidisme atau tidak datang haid langsung. Sekiranya anda mempunyai tanda tiroid terlalu aktif.. segera rujuk dengan doktor anda. 




5. PERANCANG KEHAMILAN

Salah satu sebab biada darah haid sedikit adalah anda sedang mengambil pil perancang kehamilan. Jika anda baru sahaja mula makan pil perancang dan darah haid akan berkurangan. Nikmatinya sahaja.





6. SINDROM OVARIUM POLIKISTIK 

Sindrom ovarium polikistik (PCOS) merupakan keadaan dimana ovari menghasilkan jumlah hormon endrogen yang lebih banyak dari biasa

Perubahan hormon ini menghalang wanita dari ovulasi secara normal dan menyebabkan tanda yang kurang menyenangkan seperti jerawat, kulit berminyak, berat badan naik atau bulu badan berlebihan. 

Tanda biasa PCOS yang lain adalah darah haid jadi lebih sedikit dari biasa. Haid tidak menentu atau tidak datang haid. Jika anda mengalami tanda begini.. beritahu doktor untuk dapatkan rawatan.




7. SUDAH BERUMUR 

Chill !! jangan risau ok ! ini tak bermakna anda dah tua. Apabila perubahan haid terjadi.. perkara utama yang selalu doktor tanya bila anda dapatkan pemeriksaan adalag usia anda. 

Sebab berkemungkinan anda bakala menopause tetapi selalunya jika anda semakin berumur.. kitaran haid akan berubah. 






8. HILANG DARAH SEMASA BERSALIN

Keadaan ini jarang berlaku tapi boleh jadi kemungkinan. Kehilangan banyak darah menyebabkan badan anda kurang oksigen dan akan merosakkan kelenjar pituitari yang dipanggil sindrom Sheehan. 

Hal ini akan membuatkan kelenjar yang menghasilkan hormon anda berkurang secara drastik. Sekiranya perkara ini terjadi.. anda mungkin perlukan terapi penggantian hormon 


Darah haid sedikit dari jumlah biasa tak semestinya menjadi petanda sesuatu yang buruk berlaku kepada anda. Kira kitaran haid anda untuk tempoh 2 bulan dan jika ia tak kembali normal baru dapatkan pemeriksaan atau bantuan yang lebih pakar.

Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’