WANITA KENA PEKA DENGAN 12 SEBAB KENAPA HAID DATANG LEWAT !! NAK TAU KENAPA ??
Masalah lewat datang haid tidak boleh dipandang remeh oleh golongan perempuan. Hello..! bukan sebab hamil jer tau anda boleh lewat datang bulan. Ada beberapa sebab sebenarnya yang anda perlu ambil tahu.
Berikut merupakan 12 kemungkinan kenapa masalah lewat datang haid yang wajib orang perempuan tahu.
1. MASALAH KESIHATAN
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, baru lepas 'operation' atau sakit yang memerlukan rawatan insentif boleh memberikan tekanan pada tubuh badan. Seterusnya mengganggu kitaran haid anda.
2. HORMON PROLAKTIN BERLEBIHAN
Hormon prolaktin berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda datang lewat sehingga berbulan-bulan.
Bagi mereka yang sudah berkahwin, sekiranya susu keluar dari puting payudara atau pening kepala.. sebaiknya terus berjumpa doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperolatinemia.
3. UBATAN
Mungkin anda ada mengambil ubat-ubatan seperti jamu, jalani rawatan tradisional atau program kuruskan badan.. ia pun boleh jadi salah satu kemungkinan besar punca haid datang lewat.
4. MASALAH TIROID
Rasa panas, berdebar tiba-tiba dan penurunan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda anda menghidap penyakit tiroid. Periksa haid anda sama ada keluar sedikit atau tidak ada langsung. Kalau ada tanda-tanda musykil sebaiknya berjumpa doktor dengan segera.
5. TEKANAN
Bila dalam keadaan tertekan.. badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid. Jadi... tekanan dalam bentuk fizikal dan mental juga boleh mempengaruhi hormon dan seterusnya haid anda.
6. OBESITI / KEGEMUKKAN
Berat badan berlebihan boleh memberi ketidakseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Hormon yang berlebihan akan menyebabkan haid terganggu dan seterusnya lewat datang.
Sebaiknya.. lakukan senaman dan diet yang baik dan kurangkan 10% daripada berat anda. kemungkinan besar kitaran haid anda akan kembali seperti biasa.
7. TERLALU KURUS
Terlalu kurus pun boleh beri masalah kepada kitaran haid juga tau.. Hal ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu aktif seperti para atlet. Dapatkan semula berat badan ideal dan BMI yang sepatutnya untuk mengembalikan kitaran haid yang normal.
8. TERSILAP KIRA
Boleh dikatakan 40% golongan wanita gagal mengingati tarikh sebenar kitaran haid mereka. Jika dalam kitaran 21-35 hari, haid anda adalah normal.. Jadi pastikan catit dalam kalendar hari pertama haid and setiap bulan.
9. UBAT CEGAH KEHAMILAN
Jika anda ada ambil hormon cegah kehamilan seperti depo-provera atau implanon.. ia mungkin jadi penyebab haid anda datang lewat. Alat pencegah kehaminal berhormon menghalang ovulasi terhasil. Jadi jika benar anda memang menggunakan kaedah ini, Please DO NOT WORRY ! Tapi untuk yang dah kahwin jer hokeyy.. !!!
10. MENYUSU BADAN
Ibu yang masih menyusu badan juga berkemungkinan haid tidak akan datang selama berbulan-bulan
11. MENOPAUSE
Wanita yang berusia lewat 40-an dan mengalami haid yang semakin sikit atau jarang keluar haid adalah salah satu tanda menopause
Untuk mengesahkan.. anda boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh dibuat. Peringkat usia sebegini juga disarankan untuk membuat ujian pap smear bagi memastikan tidak mengalami masalah pangkal rahim.
12. HAMIL
Dan yang terakhir sekali.. of course laa.. bagi anda yang sudah berkahwin dan tiada masalah seperti yang dinyatakan sebelum ini.. maka confirm la anda sedang mengandung. Jika inginkan kepastian, buat pregnancy test dan berjumpa dengan doktor.
Jika dah sampai berbulan-bulan tidak datang haid tu.. mesti anda risau kan ? Apapun keadaannya.. berjumpalah dengan pakar dan dapatkan nasihat dan pandangan mereka.
Bila anda dah dangar sendiri daripada mulut doktor dan tak ada apa-apa masalah serius.. baru la masa tu rasa lega kan ??
...................................................
EXTRA INFO !
Selain sebab-sebab diatas.. Haid datang lewat atau sedikit juga disebabkan masalah PCOS.. apa itu PCOS ?? Bagaimana PCOS boleh menyebabkan period jadi tak teratur ? Ada tak cara untuk atasi masalah ini ?? Kalau anda nak tahu.. tonton video ini.
Comments
Post a Comment