APA WARNA RAMBUT ANDA ? BETUL KER HABBATUS SAUDA MAMPU ATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT ?
Rambut merupakan anggota badan yang terletak diatas kepala. Jadi tidak hairan la ia dikenali sebagai mahkota bagi setiap insan. Dan tahukah anda.. pada asasnya, rambut kita mempunyai warna yang putih?
Jawannya.. Ya.
Namun ia diberikan warna ataupun pigmentasi hasil daripada kewujudan kopaun melanin yang dihasilkan oleh sel-sel khusus iaitu sel melanocyte.
Apa yang menariknya tentang pembentukkan melanin ni adalah ia telahpun bermula sebelum seseorang itu dilahirkan lagi.
Perbezaan warna semulajadi rambut seseorang itu bergantung kepada taburan, jenis, kadar dan kuantiti melanin yang terdapat dalam bahagian tengah korteks rambut atau batang rambut.
Folikel rambut manusia boleh mengandungi dua jenis kompaun melanin iaitu eumelanin dan juga pheomelanin. Dalam spesis manusia, terdapat pelbagai warna rambur semulajadi yang unik. Warna seperti hitam, perang muda (blonde), merah, merah perang ataupun putih ini mempunyai variasi dalam kepekatan dan juga tona warna.
PERBEZAAN PIGMENTASI RAMBUT DAN PIGMENTASI KULIT.
Sebagai permulaan, dirambut setiap sel melanocyte dikaitkan dengan 5 sel keratinocytr dalam akar rambut, membentuk satu folikel. Unit pigmen rambut adalah struktur hitam berbentuk seperti buah pear, terletak pada bahagian hujung papila dermis
Dalam rambut yang sudah beruban, struktur unit pigmen ini tidak lagi mempunyai bentuk yang jelas dan sel melanocyte menjadi sedikit dan berbentuk bulat. Dikulit pula setiap sel melanocyte dikaitkan dengan36 sel keratinocyte untuk membentuk satu unit epidermis melanin.
Perbezaan adalah dikulit, penghasilan melanin adalah proses yang berlaku secara berterusan manakala proses melanogenesis dibahagian rambut pula hanya berlaku pada fasa tertentu dalam kitaran pertumbuhan rambut. Lebih tepat lagi.. pigmentasi rambut berlaku pada tahap yang aktif ketika fasa anagen, kemudian tidak wujud pada fasa telogen.
FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA UBAN DAN KEGUGURAN
Faktor Genetik
Mutasi pada gen Mc1r menyebabkan warna seseorang itu boleh menjadi warna coklat kemerahan atau merah sepenuhnya.. seperti yang berlaku dalam kumpulan warna rambut merah semulajadi.
Mutasi genetik ini kerap kelihatan pada individu berketurunan Eropah Timur di mana pendedahan kepada cahaya matahari sangatlah sedikit dan juga penduduk asli di kepulauan Britain.
Variasi gen Mc1r ini diturunkan secara resesif kepada keturunan seterusnya.
Selain mutasi genetik, terdapat kewujudan beberapa gen yang berupaya untuk menghasilkan kesan pemutihan warna rambut juga.
Antara gen yang dimaksudkan adalah gen Bcl2 dan Bcl-w. Kedua peranan gen ini dikenal pasti pada tahun 2016.
Kekurangan Vitamin B12
Ia boleh menyebabkan penukaran warna rambut menjadi putih. Dikatakan sekitar 55% daripada pesakit yang menghidap pernicious anemua menghidap masalah perubahan warna rambut menjadi putih sebelum mencapai usia 50an.
Kekurangan hormon Tiroid
Kekurangan Hormon Tiroid T3 dan T4 juga salah satu daripada punca yang dikenal pasti berupaya menyebabkan perubahan warna rambut pramatang (PGH) selain masalah keguguran rambut.
Hormon Tiroid T3 dan T4 bertindak secara langsung terhadap folikel rambut dalam meransang proses penghasilan melanin.
Merokok
Merokok adalah aktiviti yang cukup terkenal sebagai faktor risiko dan punca pelbagai jenis penyakit merbahaya.
Maka tidak hairanlah merokok termasuk dalam salah satu perkara yang menyumbang kepada pemutihan warna rambut.
Kajian mendapati merokok mempunyai kaitan yang signifikan dengan PGH.
Antara penjelasan yang diberikan untuk mengaitkan kesan rokok kepada peutihan rambut adalah sifar prooksidan rokok yang meningkatkan kerosakkan spesis reaktif oksigen (ROS) kepada sel melanocyte pada bahagian folikel rambut.
Daripada faktor tersebut.. tidak hairan kenapa penjagaan rambut sangat berkait rapat dengan keadaan diri seseorang individu. Dan disebabkan itu, pengambilan makanan yang sihat serta penjagaan kesihatan yang mantap amat digalakkan.
HABBATUS SAUDA MAMPU MERAWAT MASALAH RAMBUT GUGUR DAN BERUBAN
Kalau anda nak tahu.. Habbatus Sauda bukan hanya dikhususkan kepada kesihatan. Bahkan ia juga berkesan untuk merawat masalah kecantikkan. Selain menjadi agen anti-biotik kepada kesihatan.. ia juga amat baik untuk kesihatan kulit dan rambut.
Jadi tidak hairan ia dianggap sebagai makanan sunnah yang mampu merawat segala jenis masalah kesihatan.
Tumbuhan ini mempunyai khasiat yang amat tinggi dan ada lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalam setiap biji. Bahan-bahan ini membantu menjadi agen penawar kepada beberapa jenis penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.
Selain itu, ia juga telah diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai makanan sunnah yang boleh mengubati segala jenis penyakit. Ia juga diperakui oleh Bapa Perubatan Ibn Sina, Ibn Qayyim dan Al-Baghdadi.
Disini kami kongsikan cara untuk anda rawat masalah keguguran rambut kerana penyakit
CARA 1
1 Sudu Habbatus Sauda yang telah ditumbuk halus
1 Cawan cuka cair
1 Sudu kecil perahan bawang putih
1 Sudu minyak Habbatus Sauda
Campurkan kesemua dan kacau sehingga menjadi losyen. Sapukan keseluruh kawasan yang mengalami keguguran dan balut. Biarkan semalaman dan bilas. Lakukan beberapa kali sehingga anda mendapat kesan.
CARA 2
Amalkan Habbasauda Listra dan Doa.
Pilihan ditangan anda.. Jadikan makanan sunnah sebagai amalan harian. Insha-Allah masalah anda dapat diatasi.
Selamat mencuba !
Comments
Post a Comment