DAH MAKAN TAPI MASIH NAK MENGUNYAH !! KENAPA YERR ??



" Haishh.. kenapa asyik nak mengunyah jer nii.. ?? Padahal aku baru lepas makan tadi !! "

Susah betul rasanya nak kawal diri dari terlebih makan kan. Kadangkala kita boleh tak perasan yang perkara ini menjadi tabiat tak sihat yang kita lakukan setiap hari. Lebih menakutkan.. negara kita ni mengungguli carta obesiti di rantai Asia dengan rekod 38.5% daripadanya rakyat mempunyai berat badan berlebihan.

Selain gaya hidup dan terkenal dengan syurga makanan.. sebenarnya ada sebab lain dalam sains yang boleh dikaitkan dengan punca seseorang cenderung untuk makan secara berlebihan. NAK TAHU ??


HAA.. 9 Punca Terlebih Makan Dari Sudut Sains 




1. ARGHHH !!! STRESSNYER !

Mungkin tanpa sedar.. tekanan yang datang daripada kerja atau rumah membuatkan diri lebih cenderung untuk makan makanan yang kurang sihat. Kajian mendapati badan bertindak sedemikian kerana kekurangan hormon serotonin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa tenang dan gembira. Jadi, badan memberi repon untuk makan 'comfort food' seperti pasta atau roti yang tinggi karbohidrat untuk meningkatkan paras hormon serotonin dalam badan.

Perkara ini terjadi kerana sewaktu individu sedang stress.. hormon kortisol iaitu hormon stress berada pada paras yang tinggi dalam badan dan menyebabkan kita berasa untuk makan dengan banyak. Hormon ini memberi isyarat kepada otak bahawa kita tidak kenyang walaupun pada ketika itu kita tidak berasa lapar.



2. OBESITI 

Makan secara berlebihan boleh mengakibatkan obesiti. Namun pada masa yang sama.. obesiti juga boleh menyebabkan seseorang untuk makan lebih daripada kadar yang diperlukan. Kajian mendapati bahawa lemak berlebihan di dalam badan membuatkan tahap insulin dalam badan menjadi tinggi dan seterusnya membuatkan seseorang cenderung untuk makan secara berlebihan.

Bukan setakat itu sahaja.. sel lemak pada badan juga membuatkan badan kurang sensitif pada hormon leptin iaitu hormon yang memberi isyarat rasa kenyang atau puas. Corak pemakanan orang obesiti juga didapati kurang sihat berbanding individu yang mempunyai BMI seimbang kerana lemak mempunyai hormonnya tersendiri yang membuatkan seseorang cepat lapar dan seterusnya mempengaruhi kadar pemakanan seseorang. 




3. HIPOGLYCEMIA 

Paras gula rendah dalam badan berpunca daripada tabiat yang tidak sihat seperti suka 'skip' waktu makan atau masalah pada organ dalaman seperti pankreas. Apa jua puncanya.. pada ketika kandungan gula dalam darah rendah.. perut terasa lapar dan menandakan badan perlukan nutrisi.

Ini merupakan cara otak memberi isyarat untuk makan dan mengimbangi kadar gula dalam badan. Dapatkan nasihat doktor supaya anda dapat mengamalkan corak pemakanan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.




4. DIABETES 

Kandungan gula dalam darah perlu berada dalam tahap optimum. Kalau terlalu rendah boleh menyebabkan HYPOGLYCEMIA.. kalau terlalu tinggi pula boleh menyebabkan anda DIABETES. Mungkin ada sesetengah individu yang mahu menangani hypoglycemia tetapi jika tak kena pada caranya boleh berisiko terhadap diabetes pula.

Individu yang kurang gula dalam badan mudah rasa lapar.. manakala yang terlebih gula dalam badan pula lebih cenderung untuk mengidam makan macam-macam. Jadi.. adalah penting untuk kita menangani rasa lapar dengan makan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan bagi memastikan paras gula dalam badan berada pada tahap normal disamping dapat mengawal pemakanan. 




5. DATANG BULAN 

Masa wanita berada dalam keadaan period.. badan muda terasa lenguh dan kerap rasa haus.Hal ini kerana pada waktu itu.. badan memerlukan banyak tenaga bagi memastikan kitaran haid berjalan lancar.

Perubahan hormon pada badan juga membuatkan wanita lebih berselera untuk makan lebih lagi makanan yang tidak sihat. Corak hormon yang berubah membuatkan otak memberi isyarat untuk makan makanan kalori tinggi bagi mendaptkan bekalan tenaha yang lebih banyak.



6. PENGAMBILAN UBAT

Peningkatan dalam selera makan mungkin juga disebabkan oleh kesan sampingan ubat yang diambil. Antara yang femes ubat antidepressant, steroid untuk penyakit lupur, alergi atau ubat anti-sawan. Namun.. jangan berhenti mengambil ubat tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dulu yerr..

Jika kesan sampingannya merisaukan anda.. minta saranan daripada doktor sekiranya boleh bertukar jenis ubat yang diambil. Mungkin doktor boleh menyarankan alternatif ubat lain yang kurang kesan sampingannya. 



7. KURANG MINUM AIR

Perut yang lapar mungkin juga disebabkan oleh badan yang kekurangan air. Kajian juga membuktikan bahawa ramai yang salah anggap dan tidak dapat membezakan antara isyarat lapar atau haus. 

Bagi melatih diri supaya badan kekal hidrat.. pakar mencadangkan untuk minum segelas air suam pada awal pagi dan membawa bekal air kosong sebanyak 1.5 ke 2.5 liter untuk dihabiskan dalam masa sehari.

Elakkan minuman bergula sekerapnya supaya badan dapat mengenal pasti dengan lebih mudah sama ada anda rasa haus atau lapar agar tidak terlebih makan. 



8. KURANG TIDUR / INSOMNIA

Tidur yang cukup bukan sahaja penting supaya badan berasa lebih segar dan tenang.. tetapi penting juga untuk memastikan proses dalam badan berjalan dengan lancar. Tanpa tidur yang cukup sekitar 7 ke 8 jam.. hormon grehlin yang memberi tindak balas lapar semakin tinggi dalam badan.

Hal ini membuatkan diri lebih cenderung rasa untuk makan berlebihan sebaik sahaja bangin dari tidur. Individu yang kekurangan tidur juga cenderung untuk makan melebihi daripada kadar yang diperlukan oleh tubuh. Pakar turut menerangkan bahawa kekurangan tidur dan hormon yang tidak seimbang juga berkait rapat dengan STRESS !





9. HYPERTHYROIDISM

Ada juga sesetengah situasi dimana seseorang mula makan berlebihan namun berat badan tetap menurun. Walaupun perkara ini dianggap baik namun ia mungkin memberi isyarat kepada penyakit dalam badan.

Individu yang mengalami perkara ini mungkin terdedah kepada penyakit hyperthyroidism. Penyakit ini menyebabkan nafsu makan bertambah kerana kelenjar tiroid berfungsi dengan lebih aktif. Kelenjar tiroid yang terlebih aktif membuatkan sistem badan seseorang berfungsi dengan lebih cepat.

Kesannya.. badan menjadi cepat lapar kerana tahap metabolisma yang tinggi. Ditambah pula.. tiroid memberi kesan kepada rasa kenyang seseorang menjadikan anda berkemungkinan susah untuk capai kepuasan rasa kenyang. Ujian bagi mengetahui status hormon tiroid boleh didapati di klinik kesihatan dan hospital kerajaan dan swasta. 


INGAT !! MAKAN IKUT KEPERLUAN BUKAN MENGIKUT NAFSU

Bila kita sudah faham bagaimana tubuh badan memberi respon kepada paras hormon dan kadar gula yang tidak menentu.. kita pasti lebih bijak untuk menangani keinginan untuk makan dengan cara yang lebih sihat. Selain itu.. seseorang perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari supaya tidak terpedaya dengan isyarat badan yang mendorong kita untuk makan walaupun tidak lapar. 

Tidur yang mencukupi pada waktu malam juga penting supaya seluruh badan mendapat rehat yang cukup dan kadar hormon yang lebih seimbang untuk memulakan hari baru. 

Memiliki berat badan yang ideal juga penting untuk memastikan kesihatan terjaga di samping dapat meningkatkan keyakinan diri..


Renung-renungkan ! 

Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’