KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !



" Eh Eh.. apsal awal sangat dah period balik nii?? Ker cuma darah penyakit ? Apa bezanya darah haid ngan darah lain ?? "

Orang perempuan nii.. secara normalnya akan alami beberapa keadaan yang melibatkan keluarnyer darah dari bahagian faraj. Namun bagitu.. ada 4 kategori darah yang perlu tahu sebab terdapat perbezaan dari segi hukumnya.

Nah.. baca nii..



7 PERKARA YANG WANITA MESTI TAHU TENTANG DARAH HAID.. ISTIHADAH.. WILADAH & NIFAS

Berikut adalah beberapa soalan yang selalu dikaitkan dengan perbezaan darah haid.. istihadah (darah penyakit).. wiladah & nifas.



1. SIFAT DARAH HAID, ISTIHADAH, WILADAH & NIFAS

Berikut sifat-sifat utama bagi kenalpasti 4 jenis darah.

Darah Haid - Darah yang keluar mengikut kitaran setiap bulan. Dari segi rupa.. darah haid warna gelap, kelihatan lebih kental dan berbau hanyir.

Darah Istihadah - Darah yang keluar dari seorang wanita diluar kebiasaan dan tak tetap waktunya. Biasanya darah bewarna cerah atau merah segar.. cair dan tak berbau.

Darah Wiladah - Darah yang keluar sewaktu bersalin. Jika berlaku kes keguguran.. tetap dikira wiladah & wajib mandi. Begitu juga kelahiran melalui pembedahan Caesarean.

Darah Nifas - Darah yang keluar lepas bersalin, iaitu sebaik jer rahim dikosongkan.



Perbezaan warna darah istihadah (spotting) dan darah haid (period)./ Kredit Foto: peeonastickfreak.com



2. TEMPOH NORMAL & MAKSIMUM 

Darah Haid - Minimum 1 hari (24jam) / kebiasaannya 7 hari / maksimum 15 hari

Darah Istihadah - Tiada tempoh yang minimum atau maksimum. Semua darah yang keluar diluar waktu kebiasaan haid atau bukan kerana melahirkan anak adalah dikira istihadah

Darah Wiladah - Sepanjang proses bersalin

Darah Nifas - Bermula sebaik jer rahim dikosongkan / biasanya 40hari / maksimum 60hari




Kredit Foto: nymag.com



3. KATEGORI HADAS BESAR & KECIL 

Penting untuk tahu bahawa ada 3 jenis darah 

Darah Haid
Darah Wiladah
Darah Nifas

Tergolong dalam hadas besar dan perlu disucikan melalui mandi wajib 

Darah Istihadah 

Tergolong dalam hadas kecil dimana dalam keadaan ni.. wanita masih wajib solat & berpuasa di bulan Ramadhan. Mereka hanya perlu membersihkan darah tersebut & perbaharui wuduk bagi setiap solat fardhu



Kredit Foto : patdolanplumbing.com 



4. LARANGAN KETIKA HAID & NIFAS 

Tidak boleh solat 
Tidak boleh sujud tilawah 
Tak boleh sujud syukur 
Tak boleh bertawaf
Tak boleh berpuasa 
Tak boleh iktikaf di masjid
Tak boleh membaca Al-Quran 
Tak boleh bersetubuh

Manakala ketika Istihadah.. wanita boleh lakukan perkara yang sama seperti wanita yang suci. Oleh sebab itu.. mereka wajib menunaikan solat & puasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid & nifas



Kredit foto: unomatch.com



5. CONTOH DARAH ISTIHADAH YANG SERING BERLAKU

Mungkin agak mudah bagi kita kenalpasti darah haid, wiladah & nifas. Namun selalu berlaku kekeliruan bila timbul isu darah penyakit (istihadah)

Contoh kes 1

Palitan darah ketika hampir bersalin.. jika tak mampu.. dibolehkan solat secara duduk atau baring. Dan kalau ditinggalkan.. seseorang perlu menggantikan solat (gadha') kerana keluar tanda atau darah dari faraj belum dianggap sebagai nifas.

Contoh kes 2 

Darah ketika ambil ubat perancang (yang berlaku diluar waktu haid normal)

Contoh kes 3

Darah yang keluar akibat melakukan kerja berat / berat / stress atau penyakit lain. 

Contoh kes 4

Darah yang keluar ketika sedang hamil (bukan kerana keguguran)



6. MENGGABUNGKAN MANDI NIFAS & WILADAH 

Apabila seseorang wanita itu bersalin & bernifas , memadai niat hanya satu niat atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas. Ini bermaksud.. tak perlu mandi dua kali sebab pertama akibat wiladah & kedua akibat nifas seperti yang dijelaskan Mufti W.Persekutuan

Semasa berniat.. niatkan dengan "sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)" atau "sahaja aku menunaikan mandi hadas atau seumpama dengannya"



Kredit foto : medvoice.ru



7. DARAH HAID SETELAH NIFAS

Ada sesetengah kes dimana seseorang wanita keliru kerana darah nifas telah berhenti lepas beberapa minggu melahirkan. Namun dalam tempoh 60hari.. keluar darah kembali. Apakah darah ni dikira darah nifas atau haid? 

Al-Kafi #608 di Laman Web Rasmi Pejabat Mufti ada mengupas tentang hal ini. Menurut penjelasan tersebut.. hak maksimum bagi darah nifas adalah 60hari berdasarkan mazhab syafie. Jika berlaku sesuatu keadaan apabila darah nifas berhenti & bersih tanpa darah selama 15 hari.. kemudian datang kembali tetapi tempohnya masih tak lebih 60 hari. 

Dalam situasi ini.. darah kedua tersebut tak boleh dikira darah nifas sebaliknya adalah darah haid kerana terdapat selang selama 15 hari suci. Bila darah kedua tu melebihi 15 hari tapi masih belum melepasi kadar maksimum nifas iaitu 60 hari.. maka ia dikira sebagai darah istihadah.



Kredit foto : sinar.fm

DIHARAPKAN ANDA LEBIH FAHAM

Moga kekeliruan tentang jenis darah ni difahami dengan jelas sebab ia bakal mempengaruhi ibadah kita & juga kesihatan tubuh badan.

Kalau masih terdapat kekeliruan lagi.. rujuk pakar kesihatan mahupun pakar agama untuk dapatkan kepastian.  




Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’