TOLONGLAH FAHAM PERUBAHAN EMOSI WANITA KETIKA FASA HAID !
Sindrom pra haid atau PMS ke menopaus, satu fasa yang mempengaruhi emosi, berat badan, keinginan makan.. bahkan keinginan seks seseorang wanita.
Kebanyakan wanita mungkin tidak berdepan sebarang masalah tetapi bagi yang lain, ia memberi kesan perubahan hormon yang agak mendalam. Pelbagai sebab dalam kitaran yang menjejaskan wanita, dengan andaian mereka tidak mengambil hormon kawalan kelahiran, yang mengubah turun naik hormon.
Bilakah seseorang wanita akan berasa paling empati?
Kajian menunjukkan progesteron boleh menghalang keupayaan seorang wanita untuk membaca emosi orang lain melalui ekspresi muka mereka. Oleh itu, sekitar 5 atau 6 hari kitaran haid, apabila progesteron berada pada tahap yang rendah, seorang wanita didapati secara semula jadi berhubung lebih baik dengan orang lain.
Bilakah wanita akan merasa paling seksi?
Apabila badan bersiap sedia untuk melepaskan telur.. umumnya antara hari kelima dan ke-13 kitaran haid.. kenaikan estrogen yang memberi rasa senang hati. Wanita mungkin akan berasa sangat yakin, feminin, dan seksi pada tempoh ini sebelum waktu paling subur.
Bilakah wanita akan berasa paling Zen?
Estrogen dan testosteron tiba-tiba turun sekitar hari ke-16 (walaupun ini boleh berlaku pada bila-bila masa antara hari kelima dan ke-22 dari kitaran), mencetuskan pembebasan telur. Pada masa yang sama, seorang wanita akan mengalami kenaikan progesteron, yang kadang-kadang dirujuk sebagai “hormon menenangkan atau hormon duduk rumah.” Pada masa ini wanita menggembangkan rasa memerlukan lebih banyak rehat dan mempunyai beberapa keinginan yang serius pada masa ini, ia merupakan cara badan melindungi dirinya sendiri sekiranya berlaku kehamilan.
PMS kengerian hormon
Bagi kebanyakan wanita, tanda pasti zaman reproduktif bukanlah kehamilan tetapi PMS.. khususnya simptom yang berkaitan dengan mood.
Sindrom Prahaid (PMS) adalah sekumpulan simptom yang dikaitkan dengan kitaran haid. Simptom PMS berlaku satu hingga 2 minggu sebelum tempoh haid atau pendarahan bulanan bermula. PMS boleh menyebabkan perubahan mood liar yang tidak dapat dikawal pada sesetengah wanita, yang mungkin berkembang daripada tempoh menangis hingga kepada letusan kemarahan dan serangan rasa cemas, kemudian kembali kepada keadaan emosi yang stabil.. semuanya dalam satu hari. Simptom emosi PMS yang paling biasa adalah:
π Cepat marah
π Kemarahan
πΆ Kemurungan
π Menangis
π© Terlalu sensitif
π Rasa resah dan cemas
π Berselang-seli kesedihan dan kemarahan
Bagi ramai wanita, perubahan gaya hidup boleh menjadi sebahagian daripada rawatan PMS yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami PMS yang teruk, mereka mungkin memerlukan ubat.
Comments
Post a Comment