AWAS !! MINUMAN MANIS MUNGKIN BOLEH JADI PUNCA ANAK ANDA HAID AWAL !




Minuman ringan ialah salah satu daripada minuman kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Anda sudah tentu pernah mendengar akan kesan negatif minuman ringan terhadap kenaikkan berat badan dan juga paras gula dalam darah. Kini.. kajian terbaharu daripada Harvard T.H Chan School of Public Health menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan yang minum terlalu banyak minuman ringan adalah berisiko untuk baligh atau haid awal. 

WHAT !!!



Kaitan Minuman Ringan Dengan Haid Awal

Umur Kanak-kanak baligh semakin mendadak awal sejak beberapa dekad ini. Di Amerika Syarikat dan negara membangun lain.. ramai kanak-kanak perempuan dibawah umur usia 10 tahun menunjukkan tanda-tanda pembesaran payudara. Pengkaji percaya bahawa pemanis buatan dalam minuman adalah penyebab utama perkara ini. Penyedia penjagaan kesihatan turut menyediakan bukti kebanyakkan kes obesiti yang dikaitkan dengan pengambilan minuman manis seperti soda, punc buah, lemonand, minuman tenaga dan sukan. 

Tujuan kajian adalah untuk menyatakan kebimbangan tentang pengambilan tinggi minuman ringan yang ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di banyak negara. Pada mulanya, kajian menjangkau tentang kaitan antara obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan minuman manis. Bagaimanapun.. selepas itu, saintis menemukan bahawa terdapat kaitan antara usia pada menstuasi pertama dengan pengambilan tinggi minuman manis dengan gula. 




Alasan Di Sebaliknya 

Bagi menerangkan kaitan antara awal baligh dan minuman manis, para penyelidik menyediakan beberapa conteks. Menurut kajian, minuman manis berpotensi menggandakan atau meningkatkan tiga kali ganda indeks glisemik berbanding minuman manis semula jadi lain seperti jus buah. Makanan glisemik tinggi menyebabkan peningkatan pesat dalam kepekatan insulin pada tubuh kanak-kanak. Berikutan itu, seseorang individu yang mempunyai kepekatan insulin tinggi adalah berkemungkinan mendapat paras hormon lebih tinggi dan peredara hormon ini dikaitkan kepada permulaan awal haid.  

Pengkaji terus memperluaskan kajian mereka kepada lebih 5,000 anak gadis remaja di Amerika Syarikat yang belum mengalami haid pertama mereka semasa kajian bermula. Pakar mengumpulkan maklumat mengenai pemakanan kanak-kanak perempuan ini.. yang turut memasukkan data kekerapan mereka mengambil minuman ringan dan minuman manis tiruan lain. 

Bukan sahaja soda boleh membahayakan.. malah teh ais dan minuman buah-buahan juga boleh mendatangkan masalah. Pengkaji memantau kanak-kanak ini selama lima tahun untuk menyelidik keputusan. Menurut statistik.. kanak-kanak perempuan yang minum lebih daripada satu setengah hidangan minuman ringan setiap hari akan mula datang haid kira-kira tiga bulan lebih awal berbanding mereka yang minum sedikit minuman manis dalam tempoh seminggu.  

Penemuan kaitan antara minuman manis dan haid awal bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai obesiti dalam kalangan kanak-kanak.. tetapi juga menunjukkan potensi risiko mendapat kanser payudara. Disebabkan punca kepada kesimpulan ini masih tidak diketahui.. penemuan ini memainkan peranan penting dalam konteks haid awal dalam kalangan kanak-kanak perempuan. 

Oleh itu, ibu bapa perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam membimbing anak mereka memilih minuman yang berkhasiat. Pada kebanyakkan masa.. memanglah minuman manis memberi kesedapan pada lidah.. namun tidak pada keseluruhan tubuh badan. 

Comments

Popular posts from this blog

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID ?? APA IBU KENA BUAT ??

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’