DAH MAKAN TAPI MASIH NAK MENGUNYAH !! KENAPA YERR ??
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtBWMnlMyLprYFyJ3sqImKZZQm5sLAfTqhBH0t3QJN1gzfs6zbFDx1gSmtyIwmkIxik6yhyphenhyphenTs6d6MvJX-v0Y9AlA9o8SjAXqX39Qhhs8kXmbzfZkOvPZHjzfWakkTklSySkwtKhAj9wve8/s640/eating-sugar-woman-fertility-diet.jpg)
" Haishh.. kenapa asyik nak mengunyah jer nii.. ?? Padahal aku baru lepas makan tadi !! " Susah betul rasanya nak kawal diri dari terlebih makan kan. Kadangkala kita boleh tak perasan yang perkara ini menjadi tabiat tak sihat yang kita lakukan setiap hari. Lebih menakutkan.. negara kita ni mengungguli carta obesiti di rantai Asia dengan rekod 38.5% daripadanya rakyat mempunyai berat badan berlebihan. Selain gaya hidup dan terkenal dengan syurga makanan.. sebenarnya ada sebab lain dalam sains yang boleh dikaitkan dengan punca seseorang cenderung untuk makan secara berlebihan. NAK TAHU ?? HAA.. 9 Punca Terlebih Makan Dari Sudut Sains 1. ARGHHH !!! STRESSNYER ! Mungkin tanpa sedar.. tekanan yang datang daripada kerja atau rumah membuatkan diri lebih cenderung untuk makan makanan yang kurang sihat. Kajian mendapati badan bertindak sedemikian kerana kekurangan hormon serotonin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa tenang dan gembira. Jadi, badan...