Posts

Showing posts from June, 2019

6 PERKARA PEREMPUAN PALING BENCI BILA DATANG BULAN ! RASA-RASA ANDA ADA TAK PERKARA NII ??

Image
" Adoiii.. Adoii.. kenapa rasa tak selesa kat bawah ni ekk ? " Haaa.. sah la korang datang bulan. Ada orang panggil 'period' atau haid keluar ! So.. siap sedia la dengan tuala wanita ok !  Selalunyer bila datang bulan ni.. perempuan mula la rasa tak selesa dan boleh dikatakan golongan mereka ni cukup menyampah terhadap semua benda sepanjang tempoh tu.. Betol kerr..??  Ada tu sampai takut nak nengok cermin.. Hahaha.. tapi kenapa? Ok.. jom kita baca sikit apa yang buat golongan2 ayu macam kita2 ni benci bila 'datang bulan'.. mesti korang biasa dah lalui semua ni kan ?  BANYAK JERAWAT NAIK KAT MUKA !! ARGHHH.. STRESS NYERR ! Cer cuba pandang cermin ! fuhh.. bukan main rancak dia tumbuh macam cendawan ekk ! Nak keluar pergi kerja atau jalan-jalan pun malas.. malu la orag dok pandang muka kita ada jerawat kan ! Even hanya seketul jer yang tumbuh but still jerawat kot ! Sangat pantang muka bila ada jerawat.. Dah tak cun dah !  ...

BETUL KE GEMOK PUNCA WAKTU PERIOD TERABUR

Image
💥ATTENTION buat korang yang berbadan gempal & ada problem period ! Info ini bakal buat korang cepat-cepat nak turunkan berat badan !  Betul ker Gemuk punca period tak teratur ?? Jawapannyer : BETUL LAAA !! Bila dah nak dekat period.. hormon estrogen akan memuncak naik. Kesan kenaikkan estrogen menyebabkan body wanita kumpul air dan menyebabkan rasa bloated. Kesan estrogen ini akan hilang sebaik jer anda period.. level estrogen akan turun dan water retention berkurangan. Air akan berkumpul di payudara.. kawasan sekitar abdomen dan hujung kaki/ tangan. Ini yang buat anda rasa gemuk. Tapi awas.. kesan 'rasa gemuk' yang mudah hilang (sebab ia hanya water weight) boleh jadi kekal dan susah dihilangkan. Itu pun jika anda melayani craving time period Masa period.. wanita akan ada craving. Ini disebabkan hormon progesteron yang meningkat sebelum period tiba. Hormon progesteron merangsang selera. Bila mula period.. level hormon estrog...

REMAJA MASIH BELUM PERIOD ?? RISIKO ATAU TAK EKK ??

Image
UMOR DAH 16 TAHUN TAPI BELUM PERIOD ?? APA RISIKO BILA TAK PERIOD KETIKA USIA REMAJA ?? Haid atau datang bulan adalah kitaran normal bagi remaja perempuan. Ada yang alami period seawal usia 10 tahun lagi dan jika korng belum lagi alaminya.. relax ! jangan cemas kerana proses tumbesaran dan hormon individu berbeza antara satu sama lain. Ada yang datang haid semasa masuk sekolah menengah dan tak kurang juga yang period masa umur 15 tahun. Ada mitos mengatakan lagi lambat datang haid.. lagi korang akan nampak muda ?? OMG !!! kalau korang penah dengar mitos ni.. baik korang buang jauh-jauh ok ! Jangan nak perasan sangat sebab ada kajian mengenainya dari Pakar Obstestik & Ginekologi.. Dr Noorashikin Maan dari KPJ Ipoh Specialist Hospital. Sebagai remaja.. korang mesti risaukan bila korang nengok kawan-kawan, adik kakak semua tetiba dapat bendera merah.. tapi kau sorang je tak datang lagi bulan tu.. mulanya memang la suka sebab tak payah pikir nak kne cuci. Namun sejau...

RIMAS PAKAI PAD MASA PERIOD ??

Image
RIMAS PAKAI PAD MASA PERIOD ?? 4 ALTERNATIF YANG MUNGKIN KORANG TAK PERNAH TAHU. Hari-hari terawal period selalunya paling stress kan ? Bukan setakat muscle cramps jerr.. heavy flow pada hari pertama dan kedua memang buat wanita extra berhati-hati ! Selalunyer la kan.. kena pakai pad maxi atau extra long sebab takut bocor. Pakai pad nii.. bukannyer macam iklan tuala wanita yang selalu ditayangkan kat tv tu.. Riang ria ceria berpakaian putih.. siap pergi bersukan lagi. Hahaha Dah cuba pakai pad extra slim, tapi rasa tak secure masa heavy flow. Paki pad maxi pulak.. faham jer la perasaan tu macam mana kan !  Tapi.. korang tahu tak sebenarnya terdapat banyak pilihan lain selain tuala wanita yang boleh digunakan time datang bulan. Beberapa opsyen ni dah pun jadi trend terutamanya kat negara-negara barat. TAMPON Penggunaan tampon bukanlah tak diketahui di kalangan masyarakat kita. Cuma.. ia bukan pilihan popular kerana terdapat beberapa stigma nega...

10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’

Image
“Rasa serba tak kena je setiap kali period. Memanglah dapat ‘rehat’ daripada solat. Tapi, terasa ‘lemau’ dan ‘kosong’ bila tak ada pengisian jiwa. Apa amalan ketika haid yang boleh aku amalkan ya?” Haid dan nifas adalah proses fisiologi yang terjadi bagi seorang wanita normal. Jelasnya, ia merupakan fitrah seorang wanita dan ketentuan yang telah ditetapkan. Hati mungkin berasa kosong kerana tidak dapat bersolat. Nak buat ibadah yang lain pun terasa was-was dengan apa amalan yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dilakukan. Di sini kami senaraikan beberapa jenis amalan ketika haid dan nifas yang boleh dilakukan oleh wanita. 10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’ Untuk mengelakkan hati terasa ‘kosong’, lazimilah amalan ketika haid yang dibolehkan seperti: 1. MENDENGAR BACAAN AL-QUR’AN Dianjurkan untuk mendengar al-Qur’an melalui CD,  Youtube,  atau tafsir al-Quran tanpa menyentuh mashafnya. Kit...

KETAHUI 7 PERKARA TENTANG DARAH HAID, WILADAH, ISTIHADAH & NIFAS YANG BUAT ANDA KELIRU SEBELUM NII !

Image
" Eh Eh.. apsal awal sangat dah period balik nii?? Ker cuma darah penyakit ? Apa bezanya darah haid ngan darah lain ?? " Orang perempuan nii.. secara normalnya akan alami beberapa keadaan yang melibatkan keluarnyer darah dari bahagian faraj. Namun bagitu.. ada 4 kategori darah yang perlu tahu sebab terdapat perbezaan dari segi hukumnya. Nah.. baca nii.. 7 PERKARA YANG WANITA MESTI TAHU TENTANG DARAH HAID.. ISTIHADAH.. WILADAH & NIFAS Berikut adalah beberapa soalan yang selalu dikaitkan dengan perbezaan darah haid.. istihadah (darah penyakit).. wiladah & nifas. 1. SIFAT DARAH HAID, ISTIHADAH, WILADAH & NIFAS Berikut sifat-sifat utama bagi kenalpasti 4 jenis darah. Darah Haid - Darah yang keluar mengikut kitaran setiap bulan. Dari segi rupa.. darah haid warna gelap, kelihatan lebih kental dan berbau hanyir. Darah Istihadah - Darah yang keluar dari seorang wanita diluar kebiasaan dan tak tetap waktunya. Biasanya da...